WAREWOLF

Pelbagai reaksi yang ditunjukkan. Ada yang tiba-tiba sahaja mendiamkan diri. Takut jika dia menjadi sasaran seterusnya. Atau mungkin khuatir jika diketahui wataknya. Ada yang tidak henti bercakap. Cuba untuk mempertahankan hak mereka sebagai citizen. Mereka semua saling menunding jari sesama sendiri. Berkeliaran mata memandang antara satu sama lain. Memerhatikan seorang demi seorang. Ada di antara mereka yang tidak pernah tahu tentang kewujudan permainan ini. Untuk aku, ini bukan kali pertama. Geli hati melihat gelagat teman-temanku. Masing-masing cuba untuk melindungi diri dengan hujah-hujah mereka. Logik atau tidak, itu belakang cerita. Sebolehnya mahu mengelak daripada menjadi mangsa Sang Serigala Jadian.

Comments

Popular Posts