Pudar


Aniq merebahkan badan dan cuba untuk memejamkan mata. Masih tidak mahu lelap. Sejenak wajah ibu menjelma di ruang benaknya. Wajah yang suatu ketika dahulu sangat mendamaikan. Dia faham kenapa ibu begitu marah dan seakan membencinya. Apa yang dia buat ada sahaja yang tidak kena pada mata si ibu. Ini bukan kali pertama dia dimarahi. Aniq sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu. Sejak itu, kedamaian di wajah ibu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa serta kebencian di wajah tua itu.


Comments

Popular Posts