Melissa Donovan

The 22 Best Writing Tips Ever merupakan satu penulisan artikel mengenai bagaimana untuk menulis dengan baik. Perkongsian ini dibuat oleh Melissa Donovan di dalam laman Writing Forward pada 30 Mac 2017. Beliau telah berkongsi sebanyak 22 petua untuk menulis yang sememangnya dapat digunakan oleh pembaca untuk menghasilkan penulisan yang cantik dari segi konteks dan bahasanya. Perkongsian mengenai petua-petua menulis yang diberikan sangatlah membantu para pembaca. Melissa menekankan berkenaan pembacaan kerana melalui pembacaan dapat menambah maklumat dan informasi. Dengan maklumat tersebut, penulis dapat memperoleh pelbagai idea yang kreatif dalam penulisan mereka. Selain pembacaan, Melissa menyatakan betapa pentingnya untuk seseorang penulis untuk memiliki sebuah buku nota dan mencatatkan segala idea-idea yang terlintas. Seorang penulis juga memerlukan sebuah kamus untuk menjadi rujukan semasa menulis. Pada pendapat saya, perkara utama yang diperlukan oleh seorang penulis adalah praktis dan latihan menulis secukupnya. Sebagai permulaan, penulis dinasihati untuk membuat blog dan menulis apa sahaja yang berada di minda. Penulisan boleh dikemukankan dalam bentuk pengalaman, imaganisi, fiksyen dan sebagainya mengikut apa yang ingin disampaikan kepada pembaca. Proses-proses menulis ini akan meningkatkan kemahiran penulis dari segi bahasa, idea, cara mengarang, dapat mengembangkan bakat menulis, teknik penulisan dan mengetahu lebih banyak mengenai genre-genre yang ada. Melissa juga mengatakan bahawa seorang penulis perlu membuat draf-draf penulisan sebagai latihan untuk mengindahkan lagi bahasa dari segi tatabahasa dan penggunaan kata yang bersesuai dengan makna. Dapat dismpulkan bahawa seorang penulis memerlukan latihan untuk menghasilkan sebuah hasil penulisan yang bagus. Pelbagai usaha perlu diambil dan seorang penulis tidak seharusnya mempunyai sikap cepat mengalah atau berputus asa. Jika penulisan itu tidak cukup baik, penulis perlu cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Comments

Popular Posts