Tiga Belas

Gelap gelita bilik aku. Hanya terpancar cahaya di paparan skrin komputer riba sebagai peneman. Sudah pukul 4 pagi. Mata tidak mahu untuk lelap. Masih segar terasa badan. Mana tidaknya, secawan kopi telah aku teguk. Hitam dan pahit rasanya. Papan kekunci masih asyik ditekan. Menaip kemudian memadam kembali. Di benakku hanya ingin menyiapkan tugasan yang diberikan. Sudah minggu ketiga belas. Masih banyak lagi tugasan yang perlu aku selesaikan.

Comments

Popular Posts