Risau





Semua orang pasti merasakan itu. Ia datang tanpa diminta dan pergi apabila kita menghembuskan nafas lega. Ya aku risau. Risau dalam banyak perkara. Entah apa yang melanda diri ini hingga membuatkan timbulnya rasa risau yang terkadang mengganggu perasaan. Mungkinkah kerana terlalu banyak berfikir? Hingga membuatkan fikiran yang menguasai diri tidak mampuku lawan. Tetapi perasaan ini dapat dihalang apabila kita bersangka baik. Bersangka baik dan percaya bahawa tiap-tiap yang berlaku, sama ada baik atau sebaliknya, ia terjadi atas izin dan kehendak Yang Maha Esa. Ingatlah wahai diri yang bergelar hamba. Kerana apa-apa yang berlaku itulah yang terbaik dariNya. Sang Pencipta.



Comments

Post a Comment

Popular Posts